Friday 25 June 2010

Kolokium siswazah ke-10 FST UKM

Pada 23-24 Jun 2010, saya menyertai Kolokium Siswazah ke-10 sebagai pembentang. Penyertaan ini sememangnya diwajibkan kepada semua pelajar siswazah penyelidikan FST, sekurang-kurangnya sekali sepanjang pengajian. So, pikir punya pikir, better aku join tahun ni..... selamat satu perkara wajib. Yang sunat-sunat tu belakang kira. Lagipun kolokium ni di adakan setahun sekali je. Manalah tahu kut-kut tahun depan boleh grad ker... he..he..he..

Aku adalah pembentang terakhir (kod SK35) dalam sesi pembentangan kedua (sesi petang) pada hari pertama kolokium (23 Jun 2010). Pukul 4.30 ptg barulah sampai giliran aku. Tajuk pembentangan ' KOMPOSISI KIMIA MINYAK PATI AKAR, BATANG, KULIT BATANG DAN DAUN Shorea acuminata (Dipterocarpaceae)'. Cukup-cukup 10 minit bagi 20 slaid (ikut masa yang diberi).Ai adalah pembentang pertama untuk sesi kedua ni...

Aku rasa terkilan juga...., dan asik terpikir-pikir sampai sekarang ttg soalan pengadil tu, ' What's new?'. Tp.... kalau asik dipikir-pikirkan.... jadi bertambah tension...., lagi.. satu keje pun tak jadi. Dahlah aku memang banyak benda nak kena buat ni.., poster untuk seminar di Surabaya (21 Julai), poster dan paper untuk seminar kat frim (3 Ogos)..., ketiga-tiga ni nak kena siapkan before 19 Julai lah maknanya... Prof Laily pun dah sebut-sebut pasal paper utk jurnal lagi.. haai..haai... Pas tu sebut plak pasal progress repot presentation lagi. Dahlah aku tak dapat-dapat kompaun.... Mana satu yang nak dibuat dulu.... aku pun dah jadi tak reti. Pening, pening... Tesis pun tak mula lagi... Boleh ker nak abiskan dalam masa tiga tahun niiii......

Takpelah.... yang penting satu perkara wajib dah selesai...

Pada 24 jun sebelah malam diadakan dinner kat Bangi Golf Resort. Makanan..... tak best.... Sempatlah juga bergambar-gambar dengan Rohaiza, Yahya dan tak ketinggalan PM Wan Yaakob. Release-release tension sikit.... Ye ker???. Sampai sekarang aku rasa badan aku sakit-sakit sebab tension. Keje pun tak mula lagi. Konon hari ni nak siapkan poster surabaya lepas gi LPPKN. Hampeh nampaknya.... gi bukak blog plak.... jap lagi...jap lagi... sekarang dah kul 5.00 ptg....

Inilah Yahya, pelajar master natural product, berasal daripada Yaman...., kira kawan aku jugaklah.....

Ini ialah PM wan Yaakob. Walaupun dia bukan penyelia aku, tapi dia banyak membantu aku juga...


Sekian....

No comments:

Post a Comment