Friday 25 June 2010

Kolokium siswazah ke-10 FST UKM

Pada 23-24 Jun 2010, saya menyertai Kolokium Siswazah ke-10 sebagai pembentang. Penyertaan ini sememangnya diwajibkan kepada semua pelajar siswazah penyelidikan FST, sekurang-kurangnya sekali sepanjang pengajian. So, pikir punya pikir, better aku join tahun ni..... selamat satu perkara wajib. Yang sunat-sunat tu belakang kira. Lagipun kolokium ni di adakan setahun sekali je. Manalah tahu kut-kut tahun depan boleh grad ker... he..he..he..

Aku adalah pembentang terakhir (kod SK35) dalam sesi pembentangan kedua (sesi petang) pada hari pertama kolokium (23 Jun 2010). Pukul 4.30 ptg barulah sampai giliran aku. Tajuk pembentangan ' KOMPOSISI KIMIA MINYAK PATI AKAR, BATANG, KULIT BATANG DAN DAUN Shorea acuminata (Dipterocarpaceae)'. Cukup-cukup 10 minit bagi 20 slaid (ikut masa yang diberi).Ai adalah pembentang pertama untuk sesi kedua ni...

Aku rasa terkilan juga...., dan asik terpikir-pikir sampai sekarang ttg soalan pengadil tu, ' What's new?'. Tp.... kalau asik dipikir-pikirkan.... jadi bertambah tension...., lagi.. satu keje pun tak jadi. Dahlah aku memang banyak benda nak kena buat ni.., poster untuk seminar di Surabaya (21 Julai), poster dan paper untuk seminar kat frim (3 Ogos)..., ketiga-tiga ni nak kena siapkan before 19 Julai lah maknanya... Prof Laily pun dah sebut-sebut pasal paper utk jurnal lagi.. haai..haai... Pas tu sebut plak pasal progress repot presentation lagi. Dahlah aku tak dapat-dapat kompaun.... Mana satu yang nak dibuat dulu.... aku pun dah jadi tak reti. Pening, pening... Tesis pun tak mula lagi... Boleh ker nak abiskan dalam masa tiga tahun niiii......

Takpelah.... yang penting satu perkara wajib dah selesai...

Pada 24 jun sebelah malam diadakan dinner kat Bangi Golf Resort. Makanan..... tak best.... Sempatlah juga bergambar-gambar dengan Rohaiza, Yahya dan tak ketinggalan PM Wan Yaakob. Release-release tension sikit.... Ye ker???. Sampai sekarang aku rasa badan aku sakit-sakit sebab tension. Keje pun tak mula lagi. Konon hari ni nak siapkan poster surabaya lepas gi LPPKN. Hampeh nampaknya.... gi bukak blog plak.... jap lagi...jap lagi... sekarang dah kul 5.00 ptg....

Inilah Yahya, pelajar master natural product, berasal daripada Yaman...., kira kawan aku jugaklah.....

Ini ialah PM wan Yaakob. Walaupun dia bukan penyelia aku, tapi dia banyak membantu aku juga...


Sekian....

Wednesday 23 June 2010

Bercuti ke pulau-pulau di Langkawi

Pada 15-17 jun 2010 yang lalu, saya bersama-sama suami (hari ke-3 baru ada), aie & anis, alin & fakrul, an serta mak & abah pergi makan angin di langkawi. Kali ni, percutian kami labih kepada aktiviti2 lapangan, yang boleh dikatakan agak mencabar juga, terutamanya bagi mak dan abah. Di antara tempat-tempat yang telah dilawati adalah Gunung Mat Chinchang, Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting dan Pulau Payar.

Kami naik feri dari jeti Kuah (perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Tambang feri RM 23.00 dewasa, kanak-kanak RM 17.00. So, semuanya RM 178.00.


Hari Pertama. Sesi petang.
Ke Puncak gunung Mat Cinchang.














Pada keesokan hari, jam 10 pagi kami menaiki bot menuju ke Pulau Beras Basah. Sewa bot RM250/bot. Sebenarnya, kami dalam perjalanan ke Pulau Dayang Bunting. Tup-tup drebar bot tu bawa kami ke sini. Kami tak buat apa-apa pun kat sini. Nak mandi-manda, malas nak basah-basahkan baju. So kitorang duduk-duduk sambil ambil gambar, adik pulak main pasir.



































Adik..., main pasir (tapi...., yg buat benda2 tu... aku ngan An..., adik tu... posing aje yang lebihnya...)

















Lepas 1 jam barulah bot sampai untuk bawa kami ke Pulau Dayang Bunting. Tapi, sebelum sampai, singgah lagi kat perairan Pulau.... apa ye (dah lupa), untuk melihat pemandangan helang-helang berkeliaran di permukaan air untuk menangkap ikan (tapi...., nampaknya helang-helang tu tak dapat pun ikan..... dia action je kut, sebab tau ramai yang nengok dia..).




Tak berapa nampak gambar helang tu..., sebab jauh.. camera pulak tak berapa nak power ...








Sampai je kat Pulau Dayang Bunting, drebar bot tu kata, lepas satu jam dia datang ambik. Sampai je kat jeti, barulah kami tahu yang perjalanan ke Tasik Dayang Bunting tu, sebenarnya agak mencabar. Pas tu ade lak hamba Allah yang demotivate kitorang.... bagitau mak (kononnya advice), agar tak payahlah gi ke tasik tu sebab bukit yang nak didaki tu tinggi sangat (maksudnya...mesti mak tak larat punye....see the leg lah kan... dia yang tak larat... kata orang lak...). Akhirnya, lepas 3 jam baru kitorang balik...



Tengoklah...., mak & abah dah sampai dah ke Tasik Dayang Bunting... Ok je...











Kat tasik tu, saya, mak, adik, alin & fakrul naik basikal air. An & Aie mandi-manda. Abah taknak join, so...kena jaga beg... Alin siap amik 2 botol air tasik...





Fakrul & Alin... (adik aku..., yg selalu dikatakan pasangan kembar..., oleh orang yg tak kenal...- ape maknanya tu ye???, aku yg nampak muda kee @ alin yg nampak tua... he..he...he...)






Balik daripada Tasik Dayang Bunting, gi makan kat Padang Matsirat . Mak jalan kejap kat Beras Terbakar, aku pilih T-shit adik..., sementara nak amik abang kat airport (balik dari Pulau Kinabatangan..... itulah suami aku... padahal awal2 dah bagitau nak bercuti ke Langkawi... tup-tup ade keje lak...). Lepas tu, terus ke Idaman Suri (sempatlah juge beli kuali, alas gelas, set cawan, teko* & belikan set sudu untuk mama..., makpun beli kuali jugek) dan ke Pekan Kuah sampai kul 10 malam (banyak jugek beli dalam pada sibuk kelam kabut takut kedai tutup- beli beg, coklat, sudu, tempat sudu; Alin beli set pinggan mangkuk..., ala Inggeris... nak padankan dengan decoration rumah yang 'bakal dibeli', ntah ye ntah tak, tak taulah...).

(*Nak bagitau sket, pagi tadi, 4 Julai 2010.....teko yang beli ari tu dah terbelah, masa nak buat air teh 'O' epal utk dihidangkan kat tetamu... mak Nora... Eeee..bengang betul..tak sampai sebulan beli, pakai plak baru 3,4 kali... nasib baik murah je.. RM10.00).

Mak dah berkenan dah tu...., tapi alin buat spoil plak, kata pinggan mangkuk porcelain dari China mengandungi tulang babi..... terus mak tak jadi beli....

Esoknya (hari ketiga), kitorang amik trip ke Pulau Payar (RM 100/seorang- pengangkutan, makan & set snorkling). Kul 9 pagi check-out drp hotel, terus ke jeti, beli tiket dan naik feri (ferinya lebih besar drp feri Kuah-langkawi). Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam suku. Masa dalam feri tu diberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan di sana. Kat situ ada tiga group yang berasingan. Kami punya group- Coral Island...




Mak je yang tak basah sebab tak masuk air.....











Adik.., dah nak balik... barulah nak berani nak bagi makan ikan-ikan tu.. Sebelum ni bukan main takut lagi......

















Abah sedang bagi ikan-ikan makan roti (beli kat dalam feri, RM4/bungkus - ye ke?... lupalah berapa harga roti tu..) di Marine Park, Pulau Payar (ikan yang besar tu... ikan kaci, yang belang tu, tak tau nama dia... ikan bawal dan ikan yu pun ada juga, tapi tak nampak kat gambar- almaklumlah kamera tak kalis air... ikan-ikan lain.... kena snorkling, baru blh nampak..., kalau scuba diving, lagi banyak species blh nampak...).

Sekian....